Salam semua.
Kali ini saya nak berkongsi ucapan hari raya yang selalu kita hantar kat kawan2, sahabat boss besar kita.
Biasanya ayat atau ucapan raya inilah yang biasa kita terima dari rakan2 kita..tak kiralah dari siapapun.
Ok lah kalau korang xda idea nak bagi ucapan hari raya…dibawah ni saya nak bagi beberapa ucapan yang ringkas yang korang boleh bagi kat kekawan korang.
>>Ucapan hari raya untuk kawan
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya. Jemput datang ke rumah.
2. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga ramadhan dan amalan kita diterima dan diberkati Allah swt.
3. Salam Aidilfitri. Sekiranya ada salah dan silap, ampun dipinta di hari yang mulia ini.
4. Eid Mubarak. Semoga di hari yang mulia ini membawa kedamaian dan kegembiraan. Salam kosong-kosong.
5. Di hari yang mulia ini, semoga anda dan keluarga dilimpahi cinta, kebahagiaan dengan tawa dan kegembiraan. Selamat Hari Raya.
>>Ucapan hari raya untuk rakan sekerja
1. Tangan dihulur maaf dipinta. Salah dan silap harap dimaaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
2. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah swt. Mohon maaf atas segala salah dan khilaf. Salam Aidilfitri.
3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan saya yang beragama Islam! Semoga Raya ini hadir dengan penuh kegembiraan dan kedamaian.
4. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua staff. Semoga anda dan keluarga merayakan perayaan ini dengan hati yang dipenuhi rasa gembira.
5. Kepada rakan sekerja yang saya kasihi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
>>Ucapan Hari Raya Puasa untuk keluarga
1. Keluarga adalah sumber kekuatan buat aku. Aku bersyukur memiliki keluarga seperti kalian. Semoga Allah sentiasa memberkati keluaga kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
2. Selamat Hari Raya buat keluarga ku di kampung. Salam kemaafan dari aku yang jauh di perantauan.
3. Buat keluarga ku yang sentiasa di dalam ingatan ku, aku ingin mengucapkan salam lebaran. Semoga ikatan keluarga kita semakin utuh dan diberkati Allah swt.
4. Takbir bergema menggegar jiwa, 1 Syawal menjelang tiba. Ampun maaf dipinta di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.
5. Sepuluh jari tersusun rapi, whatsaapp dikirim pengganti diri. Memohon maaf setulus hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga ku.
BACA JUGA >>>KOLEKSI UCAPAN HARI JADI UNTUK KAWAN