Salam semua.
Kita pasti akan teruja setiap kali tiba detik ulang tahun kelahiran kita, sudah pasti ramai kawan2 or kenalan kita akan bagi ucapan hari lahir untuk kita.
Apa perasaan korang bila menerima ucapan hari jadi dari orang2 tersayang…sudah pasti korang akan gembira kan.
Di sini saya ingin kongsikan koleksi ucapan hari jadi untuk kawan2 yang boleh korang ucapkan kepada kawan baik, kenalan, atau sesiapa sahaja.

>> Ucapan hari jadi untuk kawan perempuan!!
- Ulang tahun datang setiap tahun, tetapi kawan macam ko hanya datang sekali seumur hidup. Aku sangat gembira ko menjadi sebahagian dalam hidup ku. Selamat hari jadi!!
- Selamat hari jadi buat kawan ku yang cantik jelita. Semoga kehidupan ko sentiasa diberkati dan dilimpahi rezeki yang mengalir seperti sungai.
- Semoga setiap lilin yang menyala pada kek hari jadi mu berubah menjadi harapan yang akan menjadi kenyataan. Selamat hari jadi!!
- Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa aku menghargai kegembiraan yang ko bawa dalam hidup aku. Aku doakan agar semua impian ko tercapai di hari jadi mu.
- Kawan baik ku, selamat ulang tahun aku ucapkan padamu. Di hari mu yang spesel aku berharap yang terbaik untuk mu. Semoga jalinan persahabatan kita akan kekal untuk selamanya. Happy birthday!!
>> Ucapan hari jadi untuk kawan lelaki
- Selamat ulang tahun kawan sepermainku, secomot masa kecik2 dulu…hehe. Semoga segala impian dan cita2 ko tercapai tidak lama lagi.
- Selamat hari jadi, sahabatku. Semoga sukses selalu. Doaku selalu di setiap langkahmu.
- Happy birthday geng keras ku. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik ku sejak dari kecil sampai sekarang. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu dan akhir sekali semoga murah rezeki…amen.
- Selamat hari lahir kawanku. Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.
- Seiring bertambahnya usia, bertambah juga kebijaksanaan. Ku adalah salah satu temanku yang paling bijaksana. Selamat ulang tahun!
https://koleksiucapan.com/ucapan-ulang-tahun-untuk-kekasih/