Alangkah gembira dan cerianya di dalam hati sekiranya kita menerima ucapan selamat pagi yang indah dari org2 tersayang. Sudah pasti kita akan rasa lebih motivasi & semangat berkobar2 dalam menjalani kehidupan seharian kita.
So apalagi gaiss, jomla kita mulakan hari kita dengan memberi ucapan selamat pagi yang indah utk family, sepupu2, saudara mara, kawan2 dan jangan dilupakan juga buah hati tersayang..hihi. Semoga koleksi ucapan selamat pagi ini dapat beri idea buat anda semua.

Ucapan Selamat Pagi Yang Penuh Inspirasi
–> Selamat pagi. Mulakan hari yang indah ini dengan penuh kesyukuran di atas segala nikmat yang dikecapi.
–> Good morning. Jom la kita sama2 memulakan hari yang indah ini dengan minda yang positif.
–> Selamat pagi. Hidup and jiwa kita umpama cermin. Jika anda senyum kepadanya maka jiwa kita pun akan tersenyum balik. So apa kata kita memulakan pagi kita dengan senyuman yang menawan.
–> Ibarat lagu senyum seindah suria, yang membawa cahaya…begitulah kita pun harus memulakan pagi kita dengan cahaya senyuman. Semoga cahaya yang menyinari membawa kekuatan baru dalam diri dan jiwa kita.
–> Kadangkala Tuhan menyembunyikan matahari dari menyinar, dan digantikan dengan hujan ribut dan petir. Tapi kita tidak menyedari bahawa Tuhan sedang bersedia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Jadi gaiss…apa pun halangan atau dugaan dalam kehidupan, janganla merasa sedih. Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri. Ingat ya…jangan pernah berputus asa!!!! Selamat pagi!!
Ucapan Selamat Pagi Sweet
Suria yang menyinari hari ini akan lebih bermakna dengan senyumanmu yang selalu terpahat di kalbu ku. |
Setiap hari penuh bermakna dalam hidupku andainya kamu memberi peluang kepada diriku untuk sentiasa berada di sisimu. |
Setiap pagi membawa kita harapan dan peluang baru. Jangan biarkan pagi yang indah ini berlalu pergi oleh mimpi yang lena. |
Selamat Pagi Sahabatku!
Burung-burung yang berkicauan pagi ini mengingatkan tentang persahabatan sejati kita yang penuh dengan suka duka. |
Sahabat sejati umpama bintang di langit. Kamu tidak selalu melihatnya, tetapi aku tahu aku sentiasa tersemat di hatimu. |